Thursday, April 28, 2011

KULAIJAYA EXTREME CYCLING CARNIVAL 2011



Dengan sukacitanya, kami dari Kelab Berbasikal KBC bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Pejabat Daerah Kulaijaya, buat julung kalinya telah menganjurkan Kulaijaya Extreme Cycling Carnival 2011@ KECC2011 yang akan berlangsung pada 12 June 2011. KECC 2011 merupakan satu program berbasikal "Mountain Bike" di litar yang berbagai keadaan , menuruni bukit, mendaki bukit ,melalui belukar, kawasan penempatan serta ladang sayur-sayuran dan sebagainya.Trail sejauh 45km untuk dijelajah oleh penunggang basikal MTB, memerlukan kekuatan fizikal,ketahanan mental serta kemahiran teknikal ketika menunggang basikal MTB.

Acara Mountain Bike ini boleh diketagorikan sebagai "XC - Cross Country Ride" yang menjanjikan kepuasan kepada peserta-peserta yang pelbagai peringkat kemahiran.Pastinya setiap peserta mempunyai pilihan sama ada untuk menyudahkan cabaran dari trail KECC sepenuhnya atau menyudahkan 50% atau 75% sahaja.Disini jugalah tempatnya untuk anda menguji keupayaan fizikal dan minda anda sendiri ketika berkayuh.Selain daripada itu disini juga tempatnya penggemar-penggemar Basikal MTB bertemu dan bertukar pandangan tentang minat yang sama dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang disediakan.

Semoga berjumpa kita nanti.......  

No comments:

LOKASI EVENT

Tempat : Hutan Bandar Putra , Kulaijaya Koordinat : N1 40.266 E103 39.238